Senin, 12 Januari 2009

EMOSI PADA ANAK


Emosi kanak-kanak tak sama
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Ibu bapa perlu membimbing, fahami
perasaan anak ketika usia semakin
meningkat supaya pemikiran tidak terganggu

KEHADIRAN anak dalam sebuah perkahwinan
memberikan makna besar kepada insan
bergelar ibu dan bapa. Permata hati
disambut riang gembira. Saban hari bertukar
ganti, daripada telapak kaki sebesar dua
jari hingga ke pandai 'berdiri sendiri',
ibu bapa kadang kala terasa semakin jauh
dengan anak yang dilahirkan.

Senario seperti ini bukan perkara baru,
malah segelintir ibu bapa sendiri
mengakui, semakin anak itu membesar,
semakin sukar dikawal pergerakan mereka.
Seorang teman menyebut 'kalau masih
kecil, bolehlah dipukul, ditampar, tapi
bila sudah besar, dia pula yang memukul
aku nanti'.

Realitinya bayi yang lahir ke dunia ini
diciptakan memiliki emosi yang tidak
sama. Ibu bapa tidak boleh menyangka
sekiranya perangainya baik, maka anaknya
akan mengikut perangai yang serupa.
Sedikit sebanyak mungkin ada benarnya
kerana pendidiknya adalah kita sebagai
ibu bapa.

Tetapi pengaruh luaran kadangkala
memberikan impak lebih besar kepada anak
itu nanti. Sebab itulah mendidik anak
perlu dilakukan mengikut zaman mereka
berada, dan tidak sesuai mengamalkan
didikan 'zaman dulu' kepada anak zaman ini.

Bagaimanapun, ramai pakar kanak-kanak
bersetuju, andai emosi anak ditangani
dengan baik sejak kecil, pergerakan
mereka 'lebih mudah dikawal', umpama menekan
alat kawalan jauh. Emosi yang stabil
membantu melahirkan anak lebih
cemerlang, emosi yang terganggu pula
melahirkan anak sebaliknya.

Emosi dikaitkan perasaan iaitu suatu
aspek penting dalam kehidupan seseorang.
Ia menunjukkan pelbagai aspek termasuk
negatif atau positif, kerana ia membantu
kanak-kanak membina idea baru, matlamat
dan perancangan.

Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan
Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut
Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, Dr Mastura Badriz, berkata
ilustrasi emosi yang terlihat dalam
kehidupan harian kanak-kanak berfungsi
sebagai satu cara bagi komunikasi untuk
memberitahu dan menyatakan keperluan
mereka.

"Segelintir anak yang menangis, besar
kemungkinan mereka berasa takut dan
memerlukan perlindungan daripada ibu
bapa mereka. Kanak-kanak selalunya belum
mengenali konsep masa. Sama ada sekejap
atau lambat, asal saja ibu bapa tiada
depan mata mereka akan mula menangis.

"Kadangkala ibu bapa selalu merungut
'budak ni, aku tak ada depan mata
seminit pun menangis'. Mereka hanya
tahu, bila tiada ibu bapa depan mata,
maka sudah
tidak selamat," katanya pada Seminar
Celik Emosi anjuran Hal Ehwal Wanita
(Helwa), Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM) baru-baru ini.

Beliau berkata, kanak-kanak menyuarakan
'isi hati' menerusi emosi yang
ditonjolkan dan ibu bapa selalunya
adalah idola kepada mereka. Segelintir
ibu bapa
yang marah terhadap anak andai menjerit,
tetapi pada masa sama si ibu atau ayah
tetap mengherdik seperti 'mak kata
jangan menjerit'.

Penggunaan intonasi yang tinggi,
sedangkan ibu inginkan anak bersuara
rendah, menjadi anak berkenaan keliru
dengan apa yang diperkatakan. Memandu atau
menangani emosi anak ke arah positif
adalah perlu dalam usaha melahirkan anak
yang seimbang.

"Setiap anak itu unik dan tersendiri.
Along dan angah mungkin mempunyai emosi
yang berlainan. Dalam usaha mengenali
anak, ibu bapa perlu memahami emosi
mereka kerana kita tidak mahu anak
membesar dalam emosi yang terganggu.

"Ada anak yang sensitif tetapi ada anak
yang merajuk mahu dirinya dipujuk serta
dirayu. Andai betul caranya, kita
'melayan' emosi mereka, si kecil akan
membesar merasa dirinya dihargai dan
diperlukan, bukan dibiarkan bersendirian
dan dibenci," katanya.

Jenis Emosi atau Perasaan dan implikasi
pada kanak-kanak:

Gembira - membantu kanak-kanak atau
remaja berfikir bagaimana melahirkan
rasa seronok dan menggalakkan mereka
bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai.

Marah - membantu mencari jalan bagaimana
menghadapi halangan untuk mendapat
sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti
kesabaran, belajar melahirkan perasaan
geram dalam bentuk yang bersesuaian dan
mencari jalan penyelesaian.

Takut - rasa terancam, suatu motivasi
ingin memastikan keselamatan diri dari
aspek fizikal dan psikologi. Merangsang
kanak-kanak melahirkan fikiran dan
perasaan takutnya, mencari jaminan
mendapat ketenangan dan ketenteraman.

Sedih - Kehilangan, tidak mendapat apa
yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak
berusaha lebih mendapat apa yang dicita,
mencurah perasaan dan berfikir bagaimana
mengatasi rasa sedih.

Geli - selalunya dikaitkan dengan
makanan, bau dan pandangan, suatu yang
semula jadi menjadikan seseorang
kanak-kanak berhati-hati agar tidak
'terkena'
apa yang yang beliau geli. Perasaan ini
perlu dihormati dan bantu mereka mencari
sebab mengapa mereka berperasaan begitu.

Cemas - Asalkan tidak keterlaluan,
sebenarnya ia membantu kanak-kanak
berusaha mengambil langkah mengelak diri
dari menghadapi masalah, belajar menahan
perasaan bimbang dan bertindak proaktif
untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.

Malu - Menjadikan kanak-kanak menyedari
kepentingan perilaku yang baik dan
mengelak daripada melakukan sesuatu yang
dikatakan memalukan. Ini membantu mereka
mengawal tingkah laku mereka sendiri.

Rasa bersalah - wujud bila kanak-kanak
melakukan sesuatu yang dianggap 'keluar'
dari 'standard' tingkah laku yang baik.
Si kecil akan berusaha untuk tidak
dianggap bersalah dengan berakhlak
sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan
tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini
merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan
dan menyedari agar berusaha untuk tidak
mengulangi pada waktu yang lain.

Rasa bangga - tercetus bila seseorang
kanak-kanak terasa dihormati/dihargai
oleh orang lain atau bila ia mencapai
apa yang diharapkan seperti merangsang
mereka meluahkan apa yang membuatkan
mereka merasa bangga dan memberi peluang
berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.

Perkembangan Awal Emosi (bayi 0-15 bulan)

Emosi asas (positif dan negatif)
berkembang secara 'gradual' terutama
dalam tempoh enam bulan pertama dan
selalunya ditonjolkan menerusi memek
muka dan
'eye contact':

- gembira/seronok - senyum, pipi
terangkat, mata berbentuk bulan sabit.
Contoh - bila diagah.

- terkejut - angkat kening, mulut
terbuka luas, bulatkan mata. Contoh -
berhenti menangis bila dengar bunyi
muzik atau suara jeritan

- minat - merenung, mengerutkan kening
dan bibir. Contoh - merenung wajah ibu,
melihat persekitaran

- marah - mengerut dan memasamkan muka,
kening turun naik, mata tajam. Contoh
'mengamuk' bila mengantuk atau lapar,
bila objek 'dirampas' daripada tangan.

- Sedih - muka masam dan layu, dagu
tertolak ke hadapan. Contoh -
ditinggalkan ibu

- Geli- berkerut kening, jelir lidah.
Contoh - 'menolak' jenis makanan
tertentu, menangis bila buang air.

Bayi antara 3 - 8 minggu sudah boleh
tersenyum- perkembangan awal emosi positif

Bayi 12- 20 minggu - senyum pada wajah
dan suara dikenali; senyum bila
merasakan persekitaran 'dikuasai', mula
ketawa.

- Enam bulan pertama bayi masih belum
mempunyai rasa sayang/ kasih pada
sesuatu/seseorang.

- Perasaan kasih mula terbentuk ketika
usia antara 7 hingga 9 bulan - melalui
hubungan ikatan kasih sayang, sentuhan,
belaian dengan orang yang paling
hampir seperti ibu dan ayah, menunjukkan
rasa tidak senang/takut dengan kehadiran
'orang asing'.

Emosi anak tatih (16-36 bulan)

Emosi turun naik seperti 'roller coaster'

Usia 2 tahun : sudah tahu menunjukkan
emosi dan emosi yang ditunjukkan memang
disengajakan - tidak ragu-ragu untuk
melakukannya.

Mahu 'bebas' tetapi tidak mahu
ditinggalkan bersendirian - rasa diri
'sudah besar' tetapi mahu dibelai.

'reject syndrome' - dalaman kanak-kanak
bukan 'menentang' ibu bapa.

'temper tantrum' (tidak mampu meluahkan
perasaan sepenuhnya dalam bentuk
perkataan/verbal)

Berbagai bentuk perasaan takut: bunyi
bising, suara binatang, bilik gelap,
'hilang' ibu bapa, perubahan
persekitaran dan sebagainya (takut pada
apa saja
yang 'dianggap' bahaya).

Emosi anak prasekolah (36 bulan hingga
ke usia enam tahun)

Usia 3-4 tahun sudah boleh memahami
perkaitan antara emosi dan
persekitaran/sebab yang mempengaruhi emosi.

Mula belajar mengawal emosi yang turun naik.

Pemahaman terhadap emosi orang lain
terbatas hanya kepada emosi yang
ditunjukkan melalui memek muka.

Perasaan takut yang terbentuk berkait
dengan imaginasi dan khayalan berserta
perkembangan daya kreativiti dan
pemikiran abstrak. Contohnya takut hantu,
takut jatuh.

Lebih berdikari, kurang physical contact
dengan ibu bapa.

Lebih banyk bercakap untuk mencurah
perasaan/menangani perasan.

Perkembangan emosi kanak-kanak usia
pertengahan (7-14 tahun)

Sudah pandai menyembunyikan emosi yang
negatif dengan berpura-pura menunjukkan
keseronokan.

Sudah mula memahami dan menghurai emosi
yang kompleks : perasaan malu, rasa
bersalah, rasa bangga dan cemburu.

Perasaan takut mula berkembang kepada
yang lebih realistik - takut sekolah,
takut berkomunikasi, takut kejadian jenayah.

Mahu disayangi tetapi bukan ditonjolkan
depan ramai.

Amat memerlukan bantuan mengenalpasti
emosi marah agar tidak 'out of control';
belajar mengawal perasan.

Perlu perhatian dan dorongan mengatasi
rasa takut.

Mula memahami keperluan kumpulan.

sekilas tentang psikologi kepribadian


Kepribadian itu memiliki banyak arti, bahkan saking banyaknya boleh dikatakan jumlah definisi dan arti dari kepribadian adalah sejumlah orang yang menafsirkannya. Hal ini terjadi karena adanya perbedaan dalam penyusunan teori, penelitian dan pengukurannya.

Kepribadian secara umum

Personality atau kepribadian berasal dari kata persona, kata persona merujuk pada topeng yang biasa digunakan para pemain sandiwara di Zaman Romawi. Secara umum kepribadian menunjuk pada bagaimana individu tampil dan menimbulkan kesan bagi individu-individu lainnya. Pada dasarnya definisi dari kepribadian secara umum ini adalah lemah karena hanya menilai perilaku yang dapat diamati saja dan tidak mengabaikan kemungkinan bahwa ciri-ciri ini bisa berubah tergantung pada situasi sekitarnya selain itu definisi ini disebut lemah karena sifatnya yang bersifat evaluatif (menilai), bagaimanapun pada dasarnya kepribadian itu tidak dapat dinilai “baik” atau “buruk” karena bersifat netral.

Kepribadian menurut Psikologi

Untuk menjelaskan kepribadian menurut psikologi saya akan menggunakan teori dari George Kelly yang memandang bahwa kepribadian sebagai cara yang unik dari individu dalam mengartikan pengalaman-pengalaman hidupnya. Sementara Gordon Allport merumuskan kepribadian sebagai “sesuatu” yang terdapat dalam diri individu yang membimbing dan memberi arah kepada seluruh tingkah laku individu yang bersangkutan.

Lebih detail tentang definisi kepribadian menurut Allport yaitu kepribadian adalah suatu organisasi yang dinamis dari sistem psikofisik individu yang menentukan tingkah laku dan pikiran individu secara khas.

Allport menggunakan istilah sistem psikofisik dengan maksud menunjukkan bahwa jiwa dan raga manusia adalah suatu sistem yang terpadu dan tidak dapat dipisahkan satu sama lain, serta diantara keduanya selalu terjadi interaksi dalam mengarahkan tingkah laku. Sedangkan istilah khas dalam batasan kepribadian Allport itu memiliki arti bahwa setiap individu memiliki kepribadiannya sendiri. Tidak ada dua orang yang berkepribadian sama, karena itu tidak ada dua orang yang berperilaku sama.

Sigmund Freud memandang kepribadian sebagai suatu struktur yang terdiri dari tiga sistem yaitu Id, Ego dan Superego. Dan tingkah laku, menurut Freud, tidak lain merupakan hasil dari konflik dan rekonsiliasi ketiga sistem kerpibadian tersebut.

Dari sebagian besar teori kepribadian diatas, dapat kita ambil kesamaan sbb(E. Koswara):

1. sebagian besar batasan melukiskan kerpibadian sebagai suatu struktur atau organisasi hipotesis, dan tingkah laku dilihat sebagai sesuatu yang diorganisasi dan diintegrasikan oleh kepribadian. Atau dengan kata lain kepribadian dipandang sebagai “organisasi” yang menjadi penentu atau pengarah tingkah laku kita.
2. sebagian besar batasan menekankan perlunya memahami arti perbedaan-perbedaan individual. Dengan istilah “kepribadian”, keunikan dari setiap individu ternyatakan. Dan melalui study tentang kepribadian, sifat-sifat atau kumpulan sifat individu yang membedakannya dengan individu lain diharapkan dapat menjadi jelas atau dapat dipahami. Para teoris kepribadian memandang kepribadian sebagai sesuatu yang unik dan atau khas pada diri setiap orang.
3. sebagian besar batasan menekankan pentingnya melihat kepribadian dari sudut “sejarah hidup”, perkembangan, dan perspektif. Kepribadian, menurut teoris kepribadian, merepresentasikan proses keterlibatan subyek atau individu atas pengaruh-pengaruh internal dan eksternal yang mencakup factor-faktor genetic atau biologis, pengalaman-pengalaman social, dan perubahan lingkungan. Atau dengan kata lain, corak dan keunikan kepribadian individu itu dipengaruhi oleh factor-faktor bawaan dan lingkungan.